
Jerebu atau tidak, rasanya lebih hebat lagi isu si Botak ini diperkatakan. Di seluruh muka akhbar dan majalah, ada saja beritanya. Ahh..MAWI!!
Wartawan akhbar BH, Encik Rosleen telah menyodokkan sebuah idea yang makin kukuh di benak. Ya, kalo cakap tentang X-factor si Mawi.
(Aura? Faktor? Ada ke? tanya seorang pemuda yang sedang berjalan di Pekan Kg Gelang)
Itulah soalannye.
"Apalah baguih beno si Mawi tu?? Heghan beno teman melihat oghang minat kat die."kata seorang pakcik yang sedang minum kopi Radix pada suatu petang.
Sedari mula, aku sendiri mengatakan dia punya sesuatu. Dan, X-Faktor yang aku dan Rosleen timbangkan adalah tentang personaliti Ustaz yang dibawa MAWI. (Pernah jadi Ustaz benar si Mawi ni rupanya)
"Dia macam budak baik-baik, jadi saya pilihlah nama Saliha untuk lagunya malam tu"
"Dia nampak lurus dan jujur, jadi lagu tu memang saya ciptakan sesuai dengan jiwanya"
Itu aku petik dari akhbar. Dialog si Laloq..upss! Loloq. Kagum gak dengan idea liriknya bertahun lama.

Dan, masyarakat sekarang benar mengharapkan Mawi. X-Faktor itu, moga diguna untuk tujuan baik. Ya, tahu bahawa dia akan bergelumang dengan dunia glamer, dunia yang penuh kancah *&%*%$
"..tapi, bisa ya jika Mawi diundang mengalun suara untuk Majlis Tilawah Al-Quran nanti" usul Rosleen.
"Itu sebenar X Faktornya," tambahnya lagi.
"Hoi!! Jangan nak rosakkan pula majlis macam tu dengan memanggil si Mawi" sampuk satu suara di belakang kelambu.
(Hah...mulalah tu. Hmm! Kang kata aku liberal..ehh, aku pulak)
Yang sendat dan ketat, yang bersubang, adik berhingus dan makcik yang jambulnya merah..semua pakat-pakat sokong budak kampung ni.
Aku lihat bagaimana sebenarnya yang masyarakat ingin dalam memilih model. Ya, mereka balik juga pada agama. Bakat MAWI bukan sepenuhnya, dan dia bermula dari zero. Pastinya, karakter lurus dan 'ustaz' itu yang membawanya ke depan. Sekali lagi 'agama'...ini X-Faktor Mawi.

Mungkin dapat aku ambil sedikit teori 'Maworld' untuk menyampaikan ilmu pada orang lain, dlm konteks kefasilitatoran pula. Hmm..da'wah kena kreatif bukan??
Aku bukan nak mencanang slogan "Mari kita sokong Mawi"
Aku cuba melihat masyarakat. Dan..benar, terasa risau jika masyarakat lebih memperguna agama tanpa suka nak mendalami hakikat fitrah mereka sendiri. Hidup memang memerlukan agama.
Balik kite ke topik asal. Tentang dimensi baru seorang penghibur :)
Fenomena Mawi saja mengutip sebanyak RM12.6 juta untuk SMS..
(Emmm, jikalah stadium penuh macam Konsert AF..masa team Bola Sepak main bola untuk negara, kan bagus :)
Jadi, benar sungguh manusia suka akan hiburan dewasa ini. Tapi..tapi...tapi, hiburan apakah yang dipilih ini?? Hakikat jelajah minda Barat dah sampai ke pundaknya kah???.........
"Sedarkan apa yang utama pada diri kami ya Rob. Jika dulu manusia jahil tak nampak agama, tapi kini agama pula yang diguna atau ditinggal cuma. Ambil yang mana sesuai je. Allah!! Moga hidup dan mati ini keseluruhannya kerana agamaMu"
:) senyum je lah..
No comments:
Post a Comment